24 February 2010

Ikan Bakar Air Asam

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 ekor ikan
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun kesum
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar.
  2.  [ Persediaan untuk air asam ] 
  3. Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
  4. Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
  5. Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa

Sweet Pineapple Cocktail

Bahan-bahan ( 6-8 gelas (ikut saiz gelas) )

  • 1. Sebiji nenas
  • 2. 1 liter air
  • 3. 100 gm gula
  • 4. 50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
  • 5. Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Potong nenas dalam bentuk kiub
  2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
  3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
  4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco.

Ice Blended Mocha

Bahan-bahan ( 1 Cawan )

  • 1/2 sudu besar choclate powder
  • 1/4 sudu besar nescafe
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar creamer
  • 1 cawan besar ice hancur(utk kebaikan blender anda)
  • air (mengikut saiz bekas)
  • Whipped cream n' choclate syrup

Cara-cara

masukkan air suku cawan ke dalam blender...
diikuti dgn gula, powder, cremer/susu segar, ice...
jika semua sudah hancur, msuk'n nescafe dan blend 5 second...
siap dan hias dgn whipped cream dan choclate syrup...

Related Posts with Thumbnails

Koleksi Resepi Masakan   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP